Kamis, 15 Juli 2010

CINTA

Seketika aku terkenangkan masa lalu Bersama teman mengharungi hidup Tak pernah kami fikirkan Tentang makna cinta Apa itu cinta? Ada apa dengan cinta? Mengapa ada orang yang tak boleh hidup tanpa cinta? Apa pentingnya cinta pada kita? Kini semua itu bermain di fikiran Penting sangatkah cinta? Bila ku lihat temanku bercinta Bermacam ragam yang dapat aku lihat Gembira… bila kekasih hati mengucapkan kata rindu Sedih… bila insan tersayang sibuk Cemburu… bila orang yang dirindui tidak ada depan mata Geram… bila si dia tidak pandai memujuk Kadang-kadang pelik aku lihat mereka

Ada masa mereka tersenyum gembira Ada masa muncung panjang sedepa Ada masa mereka bagaikan makan tak kenyang Mandi tak basah, tidur tak lena Teman yang bercinta bermacam ragamnya Teman yang tak bercinta pun banyak soalnya Bagi yang bercinta, “hidup ku sepi tanpa cinta” Bagi yang tak bercinta, “tanpa cinta pun aku boleh hiduplah!!” Ada kalanya berlaku juga perselisihan faham antara meraka Tentang kepentingan cinta kepada meraka Yang bercinta dengan pendiriannya Yang tak bercinta dengan pandanganya Namun, bagi aku Cinta itu bersifat universal Cinta, kasih sayang, adalah sesuatu yang harus ada dalam diri semua orang Jika tidak ada perasaan sayang dan cinta Tak amanlah dunia nie Asyik nak berperang je

Cinta memang penting Tapi janganlah disalahgunakan cinta itu Cinta bukan untuk keseronokan sahaja Tapi cinta itu lambang kesetiaan Lambang kejujuran Lambang kemurniaan Lambang kesucian Cinta Cinta Cinta Cinta bukan untuk bersuka ria memerlukan pengorbanan perlukan persefahaman harus disertakan dengan keikhlasan

Cinta yang tulus adalah cinta yang diredhai Bercinta tiada salahnya Tapi ada hadnya Usah melangkaui batas yang ada Hanya kerana cinta yang tak pasti Bercinta seadanya Usah berkorban jika cinta itu palsu Usah berjanji jika tidak pasti Usah bercinta jika tidak setia

Hanya perlu satu minit untuk menghancurkan seseorang Satu jam untuk menyukai seseorang Satu hari untuk mencintai seseorang Tetapi memerlukan seumur hidup untuk melupakan seseorang
IKHLAS DARI HATI,

Tidak ada komentar:

Posting Komentar